Cik-anne Friend

Wednesday, June 15, 2011

Melaka Wonderland Theme Park...

Hai semua....
Hari ini Cik-anne nak cerita pasal taman tema yang baru je setahun di buka kat melaka tu.Taman tema yang Cik-anne maksudkan ialah "Melaka Wonderland Theme Park & Resort". Melaka Wonderland nie merupakan taman tema air lebih kurang macam yang dah sedia ada di Melaka iaitu A’Famosa Waterworld di Alor Gajah.Taman tema yang di bina di kawasan seluas 9.2 hektar terletak di belakang Taman Botanikal di Ayer Keroh, menyediakan 16 jenis permainan berunsurkan air dan mampu menampung kira-kira 8,000 pengunjung dalam satu-satu masa.


 Welcome To Melaka Wonderland...hihihihih


Di rasmikan oleh Ketua Menteri Melaka...


Harga tiket yang telah ditetapkan untuk hari biasa adalah RM20 bagi kanak-kanak dan RM26 untuk dewasa manakala pada hujung minggu dan cuti umum pula RM30 untuk kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa. RM15 untuk Warga Emas berumur 55 keatas.  

Pada hari biasa taman tema akan dibuka dari pukul 11 pagi hingga 7 malam manakala pada hujung minggu pula ia beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.Isnin tutup (except public & school holiday).



 Peta taman tema...
Antara permainan air yang akan menjadi tarikan adalah Wave Rider, Anaconda Twister, Crazy Slide, Rexy Ride, Family Jollies, Tornado Chaser, Wave Pool dan Lazy Cum Crazy.

Station sewa tiub -Rm10 for 1 seater RM20 for 2 seater and RM30 for 3 seater, bila return they will refund the deposit of half the price..


Pemulangan deposit untuk penyewaan tiub adalah sebelum 6.45pm.Pemulangan selepas waktu itu tidak akan di layan.



Memula sampai weols lepak kat sini dulu...ambil mood...hihihih






 Pony Ride & Crazy Slide

 Kamikaze Raser

 Let the race begin!  The Kamikaze Racer is a 6 lane high speed mat ride where riders race head-first and side by side down the 6 lanes.

 Rexy Ride

 Tornado Chaser -Tornado Chaser adalah alat permainan air yang tidak terdapat di mana-mana taman tema air di negara ini. Ia sangat menarik dan mencabar.

The Pendulum is like a ‘Grandfather’s Clock’ shooting its riders up a wall and pause and fall back to experience a shot of ‘weightlessness’until coming to a gradual stop.

Juga menyediakan pelbagai kiosk dan outlet makanan yang mana kita dapat menjamu selera ketika berada di dalam taman tema.

Lazy &  Crazy River

Ba..ba..cak..





Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita ke Melaka Wonderland Theme Park & Resort!!! Berbaloi-baloi.......


4 comments:

sya said...

kak, best x?..hr tu agak g agak2 dlm brp jam erk?

Zimi said...

woww....macam best jer...kena visit nie....

Cik-Anne said...

Syashid ~ Best gak..berbaloi lah dengan harga..maksud awak berapa jam dok dalam tu ker?? akak rasa dalam dua tiga jam jer kot akak dok dalam tu.panas la....

Cik-Anne said...

Zimi ~ Best lah jugak....bila nak pi??? hihihihi