Cik-anne Friend

Monday, September 19, 2011

Part 5 - Lucerne, Switzerland

Uols mesti tertunggu-tunggu sambungan Cik-anne selepas ke Mt Titlis hari tu kan!!!Oklah nie sambungannya..Lepas main salji di Mt.Titlis weols terus ker bandar Lucerne..Perjalanan lebih kurang 2 jam.
OK..sedikit info pasal bandar Lucerne aka Luzern nie...


Lucerne nie terletak di utara Swiss dimana kebanyakan penduduknya speaking bahasa German. Kepadatan penduduk lebih kurang 76,200 orang.

Bandar di tepi Tasik Lucerne (der Vierwaldstättersee) nie, dengan berlatar-belakangkan Mt Pilatus & Rigi yang terletak di banjaran Alps.

Famous Chapel Bridge (Kapellbrücke)

Antara landmarks terkenal ialah Chapel Bridge (Kapellbrücke), jambatan kayu yang dibina pada kurun 14th. Lucerne juga telah divote sebagai tempat ke-5 destinasi pelancongan menarik dunia oleh Tripadvisor.

 Bas panjang nie pun salah satu pengangkutan awam yang popular dan mudah...

 Stesen bas....

 Sampai-sampai jer bandar Lucerne weols terus jalan-jalan sekitar bandar...


Dalam railway station...boleh naik train ke France, German dll

 Berlatar belakangkan Muzium Kesenian Lucerne...

Main railway station

menarik kan...

Sekitar bandar Lucerne...

 Sempat bergambar dengan peta bandar Lucerne...

ramai tourist yang datang ke bandar nie..

Bucherer nie merupakan galeri jam yang sangat terkenal.Pelbagai jenis jam berjenama seperti Rolex,Carl F.Bucherer, TagHeuer, Tissot, Tudor, Rado,Swatch di jual di sini, dan harganya pun dikatakan lebih 'murah' kalau di bandingkan dengan harga yang di jual di Malaysia.Tapi 'murah' pun, taklah 'murah' seperti yang kita bayangkan...:)

Victorinox adalah produk Swiss Army Knife yang terkenal sejak dulu...Swiss Army knife nie ada bermacam-macam model...

Boleh engrave nama lagi kat knife tu...sebagai kenang-kenangan....

 Handbag jenama Longchamp pun ada kat sini....

Sempat gak beli souvnier...

Lawa-lawa gak kasut kat sini...

Ada sale.., tapi weols tak singgah sebab kedai tutup awal...

 Kebetulan masa jalan-jalan tu, weols nampak banyak gerai-gerai tepi jalan..ghupa-ghupanya ade Art Festival.

Bergambar bersama-sama gadis Swiss....

 Supermarket Coop...

Merasai pengalaman shopping di Lucerne...

Hotel nie betul-betul tengah-tengah bandar Lucerne..mahal gilos..


Bilik yang cukup selesa....


Oklah sampai sini jer episod Cik-anne di Switzerland .Esok Cik-anne nak ker Italy pulak...So kengkawan semua tunggu sambungannya yer!!....:) Bye-bye

No comments: