Cik-anne Friend

Thursday, July 28, 2016

Part 3-1 Day trip to Windsor Castle, Berksire

Good morning guys!

Siap aje breakfast ala English pagi nie...hari nie weols bersiap2 nak ke Windsor Castle yang terletak di Berkshire, England. Jarak dari kota London lebih kurang 35km yg mengambil masa 1 jam perjalanan dengan tour bas.
Otw nak ke bus stop, Cik-Anne sempat singgah Malaysia Hall kat Bayswater. Memang dekat dengan hotel weols...Holiday Villa.
Bas yg merah tu lah, yang akan bawa group weols ke Berkshire.


Map untuk panduan uols.


Then, weols akan tukar bus di Victoria Coach Station. Dan teruskan perjalanan ke Windsor Castle.

Apa itu Windsor Castle? Meh Cik-Anne kongsikan sedikit fakta tentang rumah kediaman terbesar di dunia nie.

Windsor Castle bersama dengan Istana Buckingham di London dan Istana Holyrood di Edinburgh, merupakan  adalah salah satu dari tiga kediaman rasmi keluarga kerajaan Inggeris.


Ada empat belas struktur penting yang membentuk Windsor Castle. Struktur tersebut tercantum di bawah ini:
  1. The Round Tower
  2. The Quadrangle
  3. The State Apartments
  4. Private Apartments
  5. South Wing
  6. Lower Ward
  7. St. George’s Chapel
  8. Horseshoe Cloister
  9. King Henry VIII Gate
  10. The Long Walk
  11. Norman Gate
  12. North Terrace
  13. Edward III Tower
  14. The Curfew Tower
Windsor Castle dibina seluas hampir 13 hektar atau setara dengan 45.000 meter persegi.
Bangunan ini memiliki hampir 1000 bilik. Tidak hanya menjadi rumah terbesar yang dihuni, Windsor Castle juga menjadi rumah yang terus menerus dihuni sejak abad pertengahan.


Weols sampai lebih kurang jam 09.30pagi & terus queue untuk dapatkan pas masuk. Actually weols dah beli tiket melalui pakej tour bas. Tak perlu beratur panjang bila dah sampai sini.


Malangnya tak dapat nak ambil gambar didalam castle, hanya di luar castle dibenarkan.


Harga tiket seperti diatas.



Jommm layan photo2 menarik kat sini...:)



Dah sampai...yeay...Ada kedai souvenirs...boleh beli sebelum balik nanti...:)

Café pun ada...dalam Windsor Royal Shopping mall

Posing dulu...hihihi

Wow...masih kukuh binaan castle nie...

Cik-Anne & hubby kena queue untuk amik Group pass...nasib tak lama..15 min je kot

Kat sini pun ada Changing guard ceremony tau...macam kat Buckingham Palace

Overview Windsor Castle...luas giler




Alat bantu dengar...boleh pilih bahasa..spain, italy, china, japan, etc...sayangnya takde Bahasa Melayu...
Overview...penat jugak nak cover seluruh area tu...huhuhu
Kagum dengan senibina English..

Weols saje org Malaysia yang ada dalam group tour nie...

Cantik kan...

Besar &luas istana lama nie...

Ada juga Guard yg benarkan weols bergambar skali...


With my luvly Hubby...thanks sebab bawa I jenjalan UK...hihihi




Ni la Guard tu...macam patung...tapi tak tinggi pun orangya...hihihi

View di sekitar castle nie...

Posing dgn Castle police unit...cantik tak castle kat belakang tu...

Kagum dengan rekaan English...menarik!
Outlet mall baru buka...sebab weols datang awal pagi...macam kat DFO..so Cik-Anne tak plan nak shopping nak sini.


Seterusnya, weols terus berkumpul di bas untuk bergerak ke next destination...tunggu yer !


-Cik Anne-
Ceria Selalu

p/s : Entri ini merupakan yg Entri ke 100 blog Cik-Anne.



7 comments:

Azian Elias said...

i is jeles u know..

merata donia u dah pegi ek.
best tul

Cik-Anne said...

hi sis Azian, I pun teringin nak main snow kat Kashmir...macam best jer...

insyallah u pun boleh travel around the globe...:)


zila@akulovetravel said...

Cik anne..awatnya lambat update?? Cantik betul la photo!!! rindu sangat nak baca entry cik anne!!!

Cik-Anne said...

mood baru sampai...hihihi @Zila

suzie said...

Wah bestnyer ......cantik

Unknown said...

ucuz takipçi
ucuz takipçi
tiktok izlenme satın al
binance güvenilir mi
okex güvenilir mi
paribu güvenilir mi
bitexen güvenilir mi
coinbase güvenilir mi

Time Traveller said...

Waaa menarik sungguh ni.. Tapi kene fit jugak la kan nak berjalan seluruh castle tu..